Restoran Halal di Sabah

Review by Mustaffa Yasin

Restoran Halal di Sabah

Borenos Fried Chicken Restoran Makanan Segera Tempatan No.1 Di Sabah

Hujung minggu lepas, selepas selesai membeli peralatan sekolah anak sulung yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR minggu ini, kami singgah makan tengah hari di restoran kegemaran anak-anak.

Kami sememangnya selalu juga ke sini terutama jika berada Centerpoint.

Mungkin anda tidak pernah mendengar nama Borenos Fried Chicken dan lebih biasa dengan restoran makanan segera yang lain. Namanya tidak segah nama restoran makanan segera lain yang sudah lama bertapak di Malaysia, namun restoran ini membawa imej tempatan yang kini menjadi pilihan ramai rakyat di Sabah.

Jika anda berada di Sabah khususnya di Bandaraya Kota Kinabalu, restoran ini adalah salah satu tempat makan yang wajib anda cuba.

Kenali Borenos Fried Chicken

Borenos Fried Chicken adalah Restoran Halal tempatan dari Sabah yang mula beroperasi pada 9 Mac 2015 dengan mengambil nama Borenos inspirasi dari nama “Borneo” dan “Sabah”.

Ya, memang ianya satu idea kreatif dan menarik sesuai dengan asalnya dari Sabah di Kepulauan Borneo.

Restoran makan segera ini beroperasi di Kompleks Asia City dan membuka cawangan kedua setahun selepas itu di aras bawah gedung beli-belah Centrepoint.

Lokasi yang stategik dan saya berharap agar sayap perniagaan syarikat ini di lebarkan ke seluruh Sabah dan Malaysia.

Pakej menu makanan yang ditawarkan.

Restoran ini tidak jauh berbeza dengan restoran makanan segera yang lain. Antara pakej set menu yang ditawarkan adalah seperti;

  • Combo Meals – sesuai untuk 2 orang  ke atas.
  • Set Meals – dari sekecil nuget sehingga sebesar seekor ayam
  • Value Meals – sesuai untuk hidangan  seorang.
  • Kid Menus – terdiri dari nuget, mash potatotes atau burger ayam dan semua hidangan saiz XS.
  • Ala-Carte/Side-Orders – Sesuai jika tidak mahu set penuh (lebih jimat).
  • Beverages – minuman sejuk atau panas. istimewa ada milo dinasour.
  • Desserts – terdiri daripada aiskrim.
  • Dip & Sauce – terdiri dari Cheese Dip, Tartar Sauce, Borenos Sauce dan Mayonnaise Sauce.

Servis Penghantaran Makanan.

Sekiranya anda tiada masa untuk datang ke restoran, anda juga boleh menempah servis penghantaran ke alamat anda.Anda boleh buka laman web https://www.borenosdelivery.com/ untuk tempahan.

Servis lain yang disediakan.

Borenos Fried Chicken juga ada membuat perkhidmatan katering sekolah, majlis hari jadi ataupun acara korporat.

Restoran ini beroperasi 24 jam untuk cawangan di Kompleks Asia City sahaja.

Baca lebih lanjut di sini:

Recent Posts

Shopping cart close